2011-05-06

Pengenalan Cheng Ho Bahagian 1

Cheng Ho (1371-1435), adalah seorang pelaut Hui-China, peneroka, diplomat dan laksamana armada, yang memimpin pelayaran ke Asia Tenggara, Asia Selatan, dan Afrika Timur, secara kolektif disebut sebagai perjalanan dari "Kasim Sanbao ke Lautan Barat " (Bahasa Cina: 三保太監下西洋) atau" Cheng Ho ke Lautan Barat ", 1405-1433. Cheng Ho juga mampu berbicara dalam bahasa Arab selain dari bahasa ibunda nya bahasa Cina.

Kehidupan

Cheng Ho awalnya bernama 'Ma He' dan lahir pada tahun 1371. Juga dikenali sebagai: 三宝 / 三宝; pinyin: Mǎ Sān Bǎo, Cheng Ho adalah anak kedua dari keluarga Muslim yang juga mempunyai empat orang adik beradik perempuan, dari Kunyang, hari ini Jinning, tepat di sebelah selatan Kunming berhampiran sudut barat daya Tasik Dian di Yunnan.

Beliau merupakan ciut atau great great great grandson kepada Sayyid Ajjal Shamsuddin Omar سید اجل شمس ‌الدین عمر, seorang Parsi yang berkhidmat dalam pentadbiran dalam Empayar Mongolia dan pernah dilantik sebagai gabenor Yunnan ketika peringkat awal Dinasti Yuan. Kedua-dua datuk dan moyangnya membawa gelaran Haji, yang menyatakan bahawa mereka telah menunaikan ibadah haji ke Mekah. Moyangnya bernama Bayan dan mungkin pernah menjadi sebahagian dari anggota pasukan kubu pertahanan Monggol di Yunnan.

Pada tahun 1381, tahun ayahnya dibunuh, berikutan kekalahan Utara Yuan, sekumpulan tentera Ming dihantar ke Yunnan untuk mengalahkan tentera Mongol yang setia kepada Baslawarmi ketika pembukaan Ming di Yunnan. Ma He yang berumur 11 tahun, ditangkap oleh tentera Muslim Ming, Lan Yu dan Jeneral Fu Youde dan dijadikan sida-sida. Beliau kemudiannya dihantar ke Istana Maharaja dimana beliau diberi gelaran Sān Bǎo atau ‘3 Permata’. Beliau kemudiannya menjadi penasihat kepada Maharaja Yong Le (pemerintahan 1403-1424 masihi), membantu baginda mengalahkan Maharaja sebelumnya, Maharaja Jianwen. Sebagai imbalan jasanya, beliau diberi nama Zheng He atau Cheng Ho dari Maharaja Yong Le.

Pada tahun 1425, Maharaja Hongxi melantik beliau menjadi Pembela Nanjing. Pada tahun 1428 Maharaja Xuande memerintahkan beliau untuk menyelesaikan pembinaan patung megah buddha sembilan-tingkat Candi Da Baoen di Nanjing. Pada tahun 1430 beliau dilantik untuk memimpin ekspedisi ketujuh dan terakhir ke "Lautan Barat". Cheng Ho meninggal ketika perjalanan terakhir armada harta itu, dalam perjalanan kembali setelah armada itu sampai ke Hormuz pada 1433.

  • Laluan perjalanan 7 armada Cheng Ho.
  • Garis pekat: armada utama;
  • Garis putus-putus: kemungkinan laluan squadron Hong Bao
  • Garis titik-titik : perjalanan tujuh pelaut China, termasuk Ma Huan, dari Calicut ke Mekah dengan sebuah kapal asli.
  • Kota-kota yang dikunjungi oleh armada Cheng Ho atau skuadron dari ekspidisi ke tujuh atau salah satu pelayaran sebelum dipaparkan dalam warna merah.

2011-03-11

Jemputan kepada semua : Inspirasi Tokoh


SILA KLIK PADA POSTER UNTUK PAPARAN IMEJ YANG LEBIH BESAR

2010-01-28

Jom Tonton Teater!!!

GPTD-China mengajak anda semua yang meminati teater mari kita ramai-ramai tonton teater bangsawan "Laksamana Cheng Ho" yang dianjurkan oleh Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 29 hingga 31 Januari 2010
Tempat: Panggung Bandaraya, Kuala Lumpur
Masa: 8.30 malam
Bayaran: PERCUMA

Insyallah pihak GPTD akan pergi menyaksikan teater tersebut pada 29hb. Januari 2010 (Jumaat). Jika ada sesiapa yang ingin turut serta boleh terus berhubung dengan Saudara Hakim (0176665958). Semoga kita semua mendapat ilmu tentang perjuangan yang telah dilakukan oleh Islam yang tersohor ini.

2009-04-06

Ringkasan pelayaran

Cheng Ho adalah seorang sida-sida di zaman Dinasti Ming bawah pimpinan Maharaja Yung-lo dan merupakan ketua komandan ekspedisi armada China pada awal abad ke 15.


Lahir dalam keluarga yang bernama Ma, mungkin berasal dari keturunan Mongol-Arab, di Wilayah Yunnan, Cheng Ho telah dipilih untuk dikasi oleh pemerintah yang berkuasa yang sedang merekrut sida-sida pada tahun 1381, ketika dia berumur sekitar 10 tahun.

Cheng Ho telah ditugaskan menjadi pendamping kepada Panglima Besar bernama Chu Ti (yang kemudiannya menjadi Maharaja) dalam kempen peperangannya untuk merebut kuasa menakluki takhta dinasti pada tahun 1402.

Maharaja Hui Ti yang telah melarikan diri ke luar negara (ada yang berpendapat dia ke luar negara untuk tujuan perdagangan)telah memberi inspirasi kepada Maharaja Yung Lo untuk menjalinkan hubungan luar dengan negara-negara lain dengan mengirim ekspedisi Cheng Ho.

Dalam tempoh 28 tahun, iaitu dari tahun 1405 hingga 1433, Cheng Ho telah mengarahkan tujuh ekspedisi dan telah mengunjungi lebih 37 buah negara bermula dari Champa di sebelah pantai timur hingga ke Afrika di sebelah barat.

Sebanyak 1,180 kapal pelbagai jenis dan ukuran telah dibina untuk tujuan itu. Saiz-saiznya berbeza dari satu armada ke armada yang lain.

Ekspedisi pertamanya terdiri daripada 27,800 pelayar dan 62 kapal armada dan 255 kapal kecil yang membawa barangan sutera, perhiasan, dan produk-produk berharga lain.

Semua pelayaran adalah di bawah perintah peribadi Cheng Ho. Namun, dia memberi kepercayaan penuh kepada laksaman-laksamana lain untuk melakukan pelayaran kecil yang bukan dalam laluan utama ekspedisinya.

Negara-negara yang dikunjungi adalah dari negara-negara terdekat, seperti Champa, Sumatera, Jawa,dan Tanah Melayu hingga ke negara-negara jauh di Timur, termasuk Arab dan tempat-tempat di sebelah timur pesisir Afrika, seperti Mogadishu dan Brawa.

Tujuan dari pelayaran ini adalah untuk meyakinkan orang asing dari tentang keterbukaan Cina, memperluas pengaruh dengan pemberian hadiah dan perkenalan kepada pemimpin-pemimpin dari luar kerajaan, dan melaporkan keadaan luar negara kepada Maharaja.

Dalam masa yang sama, armada Cheng Ho juga berjaya menghapuskan lanun laut Cina yang kuat, campur tangan dalam perang Jawa, dan membantu mengembalikan penguasa yang sah di Sri Lanka.

Armada yang dipenuhi banyak produk eksotik asli telah menarik perhatian ekspedisi-ekspedisi lain yang sering mengikutinya untuk memberi perutusan penghargaan dari pelbagai negara.

Setelah kematian Maharaja Yung Lo pada tahun 1424, ekspedisi ini dihentikan kerana didakwa tidak bermanfaat dan merugikan negara.Cheng Ho kemudiannya dilantik menjadi Komandan di Nanking. Pelayaran terakhirnya (1432-1433) adalah di sewaktu pemerintahan Maharaja Hsüan-te. Cheng Ho dipercayai meninggal dunia pada usia sekitar 63 - 65 (tahun 1433 - 1436).

Ekspedisi Cheng Ho ini dilakukan hampir satu abad sebelum Christopher Columbus dan Vasco de Gama, tidak hanya memperkuat pengaruh Cina di dunia tetapi juga prestasi uniknya dalam sejarah perusahaan maritim harus diakui.

2009-03-31

Bahtera Cheng Ho

Inilah bahtera Cheng Ho yang berukuran 400 kaki panjang iaitu 5 kali ganda kapal St Maria yang digunakan oleh Colombus pada 1492. Cheng Ho sebenarnya telah memulakan pelayaran pada 1405. Persoalannya kenapa Colombus yang mendapat nama?